Monday, December 21, 2020

Akta Pendidikan 1996: Pembentukan & Kandungan

 Pengenalan

    Sebelum tahun 1996, undang-undang pendidikan di Malaysia adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang didapati dalam Akta Pelajaran 1961. Mukadimah Akta Pelajaran 1961 menegaskan bahawa matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan pada masa itu ialah untuk menubuhkan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang boleh memenuhi keperluan negara dan menggalakkan pembangunan ekonomi, sosio-budaya serta politik. Menjelang abad ke-21, era digital dan teknologi maklumat telah berkembang pesat dan meluas dengan menyaksikan bidang tumpuan utama dalam pendidikan perlu diselaraskan kepada teknologi dan orientasi pengeluaran serta pasaran. Suatu strategi pendidikan negara yang baru dikehendaki untuk membantu melengkapkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran menghadapi cabaran baru contohnya lebuhraya maklumat, internet dan pengaruh ruang siber. Selaras dengan perkembangan ini, peruntukan Akta 1961, Akta Pelajaran (Pindaan) 1963, Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sarawak) 1975, dan Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sabah) 1976 telah dikaji semula dan akhirnya dimansuhkan. Akta tersebut telah digantikan oleh Akta Pendidikan 1996 (juga dikenali sebagai Akta 550). Matlamatnya ialah untuk membantu mewujudkan satu sistem pendidikan negara yang baru dan boleh menghadapi cabaran alaf baru. Pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 adalah dilakukan selaras dengan aspirasi menghasilkan satu sistem pendidikan yang seragam dan berteraskan prinsip pendemokrasian serta berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

 

No comments:

Post a Comment

Akta Pendidikan 1996: Pembentukan & Kandungan

  Pengenalan      Sebelum tahun 1996, undang-undang pendidikan di Malaysia adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang didapati dalam Akta...