Monday, December 21, 2020

Kepentingan Pengubalan Akta Pendidikan 1996 Ke Arah Melestarikan Pendidikan Malaysia

 Penulis: Intan Sofeana Binti Akhsan (D20201095599)



Pada pendapat saya, kewujudan Akta Pendidikan 1996 telah mendatangkan banyak faedah. Mengapa pentingnya Akta Pendidikan 1996 ni adalah untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dalam memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020 yang mana kita semua tahu bahawa pendidikan kini kebanyakkannya telah dan perlu menggunakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer dan telefon pintar. Pembelajaran penggunaan komputer dan pembelajaran kendiri merupakan antara ciri Pendidikan Abad ke-21 yang telah diperkenalkan bermula pada tahun 2014. Ciri-ciri terkandung ini telah sedikit sebanyak membantu para pengajar dan pelajar kini untuk meneruskan sesi PdP walaupun dilanda pandemic Covid-19 secara tiba-tiba. Inilah maksud saya apabila saya mengatakan bahawa penubuhan Akta Pendidikan 1996 begitu penting dan mendatangkan faedah dalam perkembangan pendidikan di Malaysia.

Seterusnya, Akta Pendidikan 1996 adalah penting bagi pendapat saya adalah kerana keluarga yang berlatar belakangkan kurang mampu akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik dalam memulakan pendidikan rendah. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kesaksamaan peluang pendidikan kepada setiap warganegara Malaysia telah dinyatakan dalam salah satu peranan Akta Pendidikan 1996 bahawa setiap warganegara Malaysia berhak mendapat peluang pendidikan yang adil dan sama rata tanpa mengira kaum dan budaya serta kepada semua golongan rakyat tanpa mengira latarbelakang atau pun kedudukan mereka sama ada di bandar ataupun luar bandar. Maka dengan itu, perkembangan pendidikan di Malaysia dapat diaspirasikan dengan jayanya jika semua rakyat mengambil peluang pendidikan yang diberikan dengan baik.

Kepentingan akhir sekali yang akan saya kupaskan adalah dapat memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Hal ini kerana dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Bukan itu sahaja, mewajibkan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib yang diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan serta dalam Seksyen 17(2), memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah. Cukup 3 aspek yang saya nyatakan berikut dalam menunjukkan bahawa kedudukan Bahasa Melayu diperkukuhkan dengan peruntukannya sebagai Bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan dan mata pelajaran teras.

No comments:

Post a Comment

Akta Pendidikan 1996: Pembentukan & Kandungan

  Pengenalan      Sebelum tahun 1996, undang-undang pendidikan di Malaysia adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang didapati dalam Akta...