Pengenalan
Monday, December 21, 2020
Akta Pendidikan 1996: Pembentukan & Kandungan
Kepentingan Pengubalan Akta Pendidikan 1996 Ke Arah Melestarikan Pendidikan Malaysia
Penulis: Intan Sofeana Binti Akhsan (D20201095599)
Pada pendapat saya, kewujudan Akta Pendidikan 1996 telah mendatangkan banyak faedah. Mengapa pentingnya Akta Pendidikan 1996 ni adalah untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dalam memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020 yang mana kita semua tahu bahawa pendidikan kini kebanyakkannya telah dan perlu menggunakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer dan telefon pintar. Pembelajaran penggunaan komputer dan pembelajaran kendiri merupakan antara ciri Pendidikan Abad ke-21 yang telah diperkenalkan bermula pada tahun 2014. Ciri-ciri terkandung ini telah sedikit sebanyak membantu para pengajar dan pelajar kini untuk meneruskan sesi PdP walaupun dilanda pandemic Covid-19 secara tiba-tiba. Inilah maksud saya apabila saya mengatakan bahawa penubuhan Akta Pendidikan 1996 begitu penting dan mendatangkan faedah dalam perkembangan pendidikan di Malaysia.
Seterusnya, Akta Pendidikan 1996 adalah penting bagi pendapat saya adalah kerana keluarga yang berlatar belakangkan kurang mampu akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik dalam memulakan pendidikan rendah. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kesaksamaan peluang pendidikan kepada setiap warganegara Malaysia telah dinyatakan dalam salah satu peranan Akta Pendidikan 1996 bahawa setiap warganegara Malaysia berhak mendapat peluang pendidikan yang adil dan sama rata tanpa mengira kaum dan budaya serta kepada semua golongan rakyat tanpa mengira latarbelakang atau pun kedudukan mereka sama ada di bandar ataupun luar bandar. Maka dengan itu, perkembangan pendidikan di Malaysia dapat diaspirasikan dengan jayanya jika semua rakyat mengambil peluang pendidikan yang diberikan dengan baik.
Kepentingan akhir sekali yang akan saya kupaskan adalah dapat memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Hal ini kerana dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Bukan itu sahaja, mewajibkan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib yang diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan serta dalam Seksyen 17(2), memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah. Cukup 3 aspek yang saya nyatakan berikut dalam menunjukkan bahawa kedudukan Bahasa Melayu diperkukuhkan dengan peruntukannya sebagai Bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan dan mata pelajaran teras.
Perbandingan Akta pendidikan 1991 dan Akta pendidikan 1996
Penulis: Nur Sharifah Zulaika Binti Harun (D20201095600)
Persamaan Akta pendidikan 1996 dan Akta pendidikan 1961
I. Berpaksikan Penyata Razak 1956
II. Kukurikulum kebangsaan dikuatkuasakan
III. Pembangunan sekolah vokasional untuk melatih tenaga kerja
IV. Pendidikan rendah sebagai asas mencapai 3M (membaca,menulis,mengira)
V. Bahasa Melayu dikukuhkan sebagai bahasa ppengantar dan mata pelajaran teras.
VI. Memupuk perpaduan rakyat melalui pembangunan budaya,sosial,ekonomi & politik
Perbezaan Akta pendidikan 1996 dan 19961:-
AKTA PELAJARAN 1961 | PERBEZAAN | AKTA PENDIDIKAN 1996 |
Sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya : v Sekolah rendah kebangsaan v Sekolah menengah kebangsaan | § Sekolah kebangsaan | Sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya : v Sekolah rendah : sekolah kebangsaan SRJK & SRJK (C) v Sekolah menengah : SMK |
Tiada langsung peruntukan | § Kukurikulum kebangsaan | Seksyen 18 : memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kukurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan. |
Garis panduan ini tidak wajib digunakan di semua tadika | § Pendidikan pra sekolah | Seksyen 22 : Memperuntukkan garis panduan kurikulum untuk prasekolah bagi penyelarasan dan wajib digunakan di semua prasekolah |
Terbatas kepada peringkat sekolah dan institusi kemahiran | § Pendidikan swasta | Dibolehkan dilaksanakan pada semua peringkat pendidikan dengan syarat mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan |
Tiada peruntukan berkenaan dengan perkara ini | § Pendidikan teknik & vokasional | Seksyen 37 : politeknik boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana institusi,perbadanan atau organisasi perindustriaan. Seksyen 38 : politeknik mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama berperingkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan universiti atau institusi pengajian lain. |
Peruntukan mengenai pendidikan guru terlalu umum | § Pendidikan guru | Seksyen 47(1) :membolehkan maktab perguruan mengadakan kursus peringkat ijazah , diploma , atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan lain. |
Akta Pendidikan 1996 (Peraturan Berkaitan Institusi Pendidikan Dan Kurikulum)
Penulis: Mohammad Yusuf Bin Sumardi (D20201095601)
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) mengandungi peraturan-peraturan khusus mengikut seksyen 130, menteri berkuasa membuat peraturan-peraturan pendidikan tersebut. Secara ringkasnya, peraturan-peraturan tersebut boleh dikelompokkan kepada 4 kategori iaitu:
Analisis kandungan Akta Pendidikan 1996 dari komponen peraturan berkaitan institusi Pendidikan dan Kurikulum
PERATURAN BERKAITAN INSTITUSI PENDIDIKAN
Peraturan | Institusi Pendidikan Swasta |
Huraian |
· Institusi Pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan rendah atau menengah atau kedua-duanya dikehendaki mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan (Seksyen 74). · Institusi Pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan lepas menengah dikehendaki mengadakan mata pelajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Melayu, Bahasa Inggeris, Pengajian Inggeris, Pengajian Islam (bagi pelajar islam) dan Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam (Seksyen 75). · Pelajar asing dikecualikan.
|
Peraturan | Pendidikan Khas |
Huraian |
· Menteri boleh mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menegah (Seksyen 40). · Menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh dan pendidikan khas (Seksyen 41).
|
Peraturan | Pendidikan Islam |
Huraian |
· Pendidikan Islam dijadikan salah satu daripada mata pelajaran teras (Seksyen 18(2)) . · Pendidikan Islam wajib diajar kepada setiap murid di semua jenis sekolah jika setiap murid di semua jenis sekolah jika terdapat 50 orang atau lebih orang Islam (Seksyen 150).
|
Peraturan | Bahasa Kebangsaan |
Huraian |
· Diperuntukan dengan jelas bahawa Bahasa Kebangsaan adalah pengantar utama dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan (Seksyen 17).
|
Peraturan | Pendidikan Guru |
Huraian |
· Maktab perguruan boleh mengendalikan program pengajian di peringkat ijazah dan lain-lain bentuk pengiktirafan kelayakan melalui program kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi atau universiti dari dalam atau luar negeri (Seksyen 47).
|
PERATURAN BERKAITAN KURIKULUM
Peraturan | Kurikulum Kebangsaan |
Huraian |
|
Peraturan | Kurikulum Prasekolah Kebangsaan |
Huraian |
· Diperuntukan sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan (Seksyen 15). · Menteri Pendidikan boleh menubuh dan menyelenggara tadika (Seksyen 21). · Semua tadika diwajibkan menggunakan garis penduan kurikulum prasekolah yang (akan) dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (Seksyen 22)
|
Peraturan | Pendidikan Rendah |
Huraian |
· Tempoh Pendidikan rendah 5-7 tahun (Seksyen 29)
|
Peraturan | Pendidikan Menengah |
Huraian |
· Terbahagi kepada 3 jenis pendidikan menengah di sekolah menengah kebangsaan seperti sekolah menengah akedemik, sekolah menengah teknik dan sekolah menengah daripada apa-apa perihal lain yang ditentukan oleh menteri dari semasa ke semasa. · Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menteri boleh mengadakan pendidikan menengah atas dengan nama sekolah menengah kebangsaan.
|
Peraturan | Pendidikan Selepas Menengah |
Huraian |
· Pendidikan ini telah diadakan di sekolah menengah, kolej-kolej atau institusi pendidikan yang sesuai.
|
Peraturan | Pendidikan Tinggi |
Huraian |
· Bertujuan mempertingkatkan penyertaan penduduk bagi kumpulan umur antara 19 sehinggi 24 tahun mendapatkan Pendidikan tinggi dengan menambah bilangan Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
|
Peraturan | Pendidikan Teknik dan Politeknik |
Huraian |
· Politeknik boleh mengadakan program pengajian atau program peringkat sijil, diploma atau lain-lain bentuk pengiktirafan kelayakan dengan institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negeri (Seksyen 38)
|
Peraturan | Jemaah Nazir Sekolah |
Huraian |
· Jemaah Nazir Sekolah terletak di bawah tanggungjawab Menteri Pendidikan (Seksyen 6) · Nazir Sekolah hanya berfungsi sebagai penasihat (Seksyen 118)
|
Peraturan | Penilaian dan Peperiksaan |
Huraian |
· Murid-murid daripada semua jenis dan kategori sekolah disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh Kementerian (Seksyen 19 dan Seksyen 67)
|
Kesesuaian Akta Pendidikan 1996 dalam menghadapi perubahan pendidikan di Malaysia.
Penulis: Aizuddin Muadz Bin Yusri (D20201095766)
Pada masa kini, arus kemodenan bergerak pantas sejajar dengan peredaran zaman. Pada zaman ini, kita dapat lihat di mana terdapat pelbagai perkara baharu dalam dunia pendidikan di negara kita. Seperti yang kita ketahui, negara kita sehingga ke hari ini masih lagi menggunakan Akta Pendidikan 1996. Akta tersebut amat penting kerana ia menitikberatkan ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara. Tidak dinafikan lagi bahawa dalam mencapai satu kejayaan atau arah tuju sesuatu matlamat, adalah pentingnya ilmu itu dijadikan penanda aras bagi setiap negara di dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 sudah lama digunapakai di Malaysia, ianya masih lagi relevan dalam dunia pendidikan di dalam negara kita.
Seperti mana yang kita ketahui, Akta Pendidikan 1996 bertujuan untuk memantapkan sistem pendidikan kebangsaaan bagi generasi muda sejajar dengan perubahan masa. Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecermelangan pendidikan bermutu tinggi. Menggariskan perundangan berkaitan bidang pendidikan. Walaupun Malaysia mengalami perubahan pendidikan, terdapat peraturan yang perlu dipatuhi dan wajib diikuti oleh pihak-pihak yang berkenaan. Contohnya Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993; Pindaan 2002). Peraturan ini penting untuk memastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan amanah serta bertanggungjawab.
Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua peringkat persekolahan. Pendidikan khas diberi tumpuan. Mengambil kira kepentingan semua kaum. Berkualiti dalam memperkembangkan potensi individu sepenuhnya.
Akhir sekali, setiap warganegara Malaysia berhak mendapat peluang pendidikan yang adil dan sama rata tanpa mengira kaum dan budaya. Selain itu, peluang untuk belajar juga diberikan kepada semua golongan rakyat tanpa mengira latarbelakang ataupun kedudukan mereka sama ada di bandar ataupun luar bandar. Selain itu, kedudukan Bahasa Melayu diperkukuhkan dengan peruntukannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem kebangsaan dan mata pelajaran teras. Walaupun pada masa kini Bahasa Inggeris dititikberatkan, akan tetapi Bahasa Melayu akan terus diperkukuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996. Jelaslah sudah bahawa Akta Pendidikan 1996 adalah sesuai dalam menghadapi perubahan pendidikan di Malaysia.
Akta Pendidikan 1996: Pembentukan & Kandungan
Pengenalan Sebelum tahun 1996, undang-undang pendidikan di Malaysia adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang didapati dalam Akta...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYTr52Q7y3BX4bF6GaCBcH0nuWsjgJ8uKSKgVXLtGeS65MDYrmy0RSCHraAAH8TSFk79DNLTcXtVuI3cGQ88krdZvH_pIp64VUkWjLEqWpYLi6KyPyAC07j_948Yr69iCkQU-JBhll9WwR/w374-h383/KANDUNGAN+AKTA.jpg)