Penulis: Aizuddin Muadz Bin Yusri (D20201095766)
Pada masa kini, arus kemodenan bergerak pantas sejajar dengan peredaran zaman. Pada zaman ini, kita dapat lihat di mana terdapat pelbagai perkara baharu dalam dunia pendidikan di negara kita. Seperti yang kita ketahui, negara kita sehingga ke hari ini masih lagi menggunakan Akta Pendidikan 1996. Akta tersebut amat penting kerana ia menitikberatkan ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara. Tidak dinafikan lagi bahawa dalam mencapai satu kejayaan atau arah tuju sesuatu matlamat, adalah pentingnya ilmu itu dijadikan penanda aras bagi setiap negara di dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 sudah lama digunapakai di Malaysia, ianya masih lagi relevan dalam dunia pendidikan di dalam negara kita.
Seperti mana yang kita ketahui, Akta Pendidikan 1996 bertujuan untuk memantapkan sistem pendidikan kebangsaaan bagi generasi muda sejajar dengan perubahan masa. Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecermelangan pendidikan bermutu tinggi. Menggariskan perundangan berkaitan bidang pendidikan. Walaupun Malaysia mengalami perubahan pendidikan, terdapat peraturan yang perlu dipatuhi dan wajib diikuti oleh pihak-pihak yang berkenaan. Contohnya Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993; Pindaan 2002). Peraturan ini penting untuk memastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan amanah serta bertanggungjawab.
Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua peringkat persekolahan. Pendidikan khas diberi tumpuan. Mengambil kira kepentingan semua kaum. Berkualiti dalam memperkembangkan potensi individu sepenuhnya.
Akhir sekali, setiap warganegara Malaysia berhak mendapat peluang pendidikan yang adil dan sama rata tanpa mengira kaum dan budaya. Selain itu, peluang untuk belajar juga diberikan kepada semua golongan rakyat tanpa mengira latarbelakang ataupun kedudukan mereka sama ada di bandar ataupun luar bandar. Selain itu, kedudukan Bahasa Melayu diperkukuhkan dengan peruntukannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem kebangsaan dan mata pelajaran teras. Walaupun pada masa kini Bahasa Inggeris dititikberatkan, akan tetapi Bahasa Melayu akan terus diperkukuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996. Jelaslah sudah bahawa Akta Pendidikan 1996 adalah sesuai dalam menghadapi perubahan pendidikan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment